Wednesday, December 10, 2008

(ANTARA ISI PENTING YANG DIPETIK DARI KHUTBAH TERAKHIR (KHUTBAH WIDA') NABI MUHAMMAD RASULULLAH S.A.W.

(ANTARA ISI PENTING YANG DIPETIK DARI KHUTBAH TERAKHIR (KHUTBAH WIDA') NABI MUHAMMAD RASULULLAH S.A.W.

Antara isi/kandungan penting yang dipetik dari khutbah terakhir Rasulullah SAW - disampaikan pada 9 Zulhijjah Tahun 10 Hijrah di Lembah Uranah, Gunung Arafah

Dengan Nama Allah Yang Maha Pemurah lagi Maha Mengasihani

Wahai manusia, dengarlah baik-baik apa yang hendak kukatakan, Aku tidak mengetahui apakah aku dapat bertemu lagi dengan kamu semua selepas tahun ini. Oleh itu, dengarlah dengan teliti kata-kataku ini dan sampaikanlah ia kepada orang-orang yang tidak dapat hadir disini pada hari ini.

Wahai manusia, sepertimana kamu menganggap bulan ini dan kota ini sebagai suci, anggaplah jiwa dan harta setiap orang Muslim sebagai amanah suci. Kembalikan harta yang diamanahkan kepada kamu kepada pemiliknya yang berhak. Janganlah kamu sakiti sesiapapun agar orang lain tidak menyakiti kamu lagi. Ingatlah bahawa sesungguhya kamu akan menemui Tuhan kamu dan Dia pasti membuat perhitungan di atas segala amalan kamu. Allah telah mengharamkan riba, oleh itu, segala urusan yang melibatkan riba dibatalkan mulai sekarang.

Berwaspadalah terhadap syaitan demi keselamatan agama kamu. Dia telah berputus asa untuk menyesatkan kamu dalam perkara-perkara besar, maka berjaga-jagalah supaya kamu tidak mengikutinya dalam perkara-perkara kecil.

Wahai manusia sebagaimana kamu mempunyai hak atas isteri kamu, mereka juga mempunyai hak ke atas kamu. Sekiranya mereka menyempurnakan hak mereka ke atas kamu, maka mereka juga berhak diberikan makan dan pakaian, dalam suasana kasih sayang. Layanilah wanita-wanita kamu dengan baik dan berlemah-lembutlah terhadap mereka kerana sesungguhnya mereka adalah teman dan pembantu kamu yang setia. Dan hak kamu atas mereka ialah mereka sama sekali tidak boleh memasukkan orang yang kamu tidak sukai ke dalam rumah kamu dan dilarang melakukan zina.

Wahai manusia, dengarlah bersungguh-sungguh kata-kataku ini, sembahlah Allah, dirikanlah solat lima waktu, berpuasalah di bulan Ramadhan, dan tunaikanlah zakat dari harta kekayaan kamu. Kerjakanlah ibadah haji sekiranya kamu mampu. (Semua manusia berasal dari Adam dan Hawa, tidak ada (bangsa) Arab yang lebih mulia dari (bangsa) bukan Arab atau (bangsa) bukan Arab lebih mulia dari (bangsa) Arab; juga tidak ada yang (berkulit) putih lebih mulia dari yang (berkulit) hitam atau yang (berkulit) hitam lebih mulia dari (berkulit) putih) Ketahuilah bahawa setiap Muslim adalah saudara kepada Muslim yang lain. Kamu semua adalah sama; tidak seorang pun yang lebih mulia dari yang lainnya kecuali dalam Taqwa dan beramal saleh.

Ingatlah, bahawa kamu akan menghadap Allah pada suatu hari untuk dipertanggungjawabkan diatas segala apa yang telah kamu kerjakan. Oleh itu, awasilah agar jangan sekali-kali kamu terkeluar dari landasan kebenaran selepas ketiadaanku.

Wahai manusia, tidak ada lagi Nabi atau Rasul yang akan datang selepasku dan tidak akan lahir agama baru. Oleh itu wahai manusia, nilailah dengan betul dan fahamilah kata-kataku yang telah aku sampaikan kepada kamu. Sesungguhnya aku tinggalkan kepada kamu dua perkara, yang sekiranya kamu berpegang teguh dan mengikuti kedua-duanya, nescaya kamu tidak akan tersesat selama-lamanya. Itulah Al-Qur an dan Sunnahku.

Hendaklah orang-orang yang mendengar ucapanku, menyampaikan pula kepada orang lain. Semoga yang terakhir lebih memahami kata-kataku dari mereka yang terus mendengar dariku. Saksikanlah Ya Allah, bahawasanya telah aku sampaikan risalahMU kepada hamba-hambaMu.



“Pada hari ini, telah Aku sempurnakan bagimu Agamamu, dan telah aku cukupkan nikmatKu untukmu, dan Aku redha Islam menjadi agamamu”. (Al-Maidah-3)Ayat Terakhir yang diwahyukan Allah SWT ke atas Baginda Rasulullah SAW tidak lama selepas Khutbah Wida'

KISAH RUH DENGAN MALAIKAT MAUT

KISAH RUH DENGAN MALAIKAT MAUT



Tersebut dalam sebuah hadis bahawa apabila Allah SWT mengkehendaki seseorang mukmin itu dicabut nyawanya, maka akan datanglah malaikat maut. Apabila malaikat maut hendak mencabut ruh orang mukmin itu dari arah mulut maka keluarlah zikir dari mulut orang mukmin itu dengan berkata: “Tidak ada jalan bagimu mencabut ruh orang ini melalui jalan ini, kerana orang mukmin ini sentiasa menjadikan lidahnya berzikir kepada Allah SWT.”



Setelah malaikat maut mendengar penjelasan itu, maka dia pun kembali kepada Allah SWT dan menjelaskan apa yang diucapkan oleh lidah orang mukmin itu lalu Allah SWT berfirman yang bermaksud: “Wahai malaikat mau, kamu cabutlah ruhnya dari arah lain”



Sebaik sahaja malaikat maut mendapat perintah Allah SWT, maka malaikat maut pun cuba mencabut ruh orang mukmin itu dari arah tangan, tetapi keluarlah sedekah dari tangan orang mukmin itu, keluarlah usapan kepala anak-anak yatim dan keluarlah penulisan ilmu maka berkata tangan : “Tidaklah ada jalan bagimu untuk mencabut ruh orang mukmin ini dari arah in, tangan ini telah mengeluarkan sedekah, tangan ini mengusap kepala anak-anak yatim dan tangan ini juga menulis ilmu pengetahuan.



Oleh kerana malaikat maut gagal lagi untuk mencabut ruh orang mukmin itu dari arah tangan, maka malaikat maut mencuba pula dari arah kaki, malangnya malaikat maut juga gagal melakukannya sebab kaki berkata: “Tidak ada jalan bagimu dari arah ini kerana kaki ini sentiasa berjalan berulang alik mengerjakan solat dengan berjemaah dan kaki ini juga berjalan menghadiri majlis-majlis ilmu.”



Apabila malaikat maut gagal mencabut dari arah kaki, maka malaikat maut cuba pula dari arah telinga, sebaik sahaja malaikat maut menghampiri telinga, maka telinga pun berkata: “Tidak ada jalan bagimu dari arah ini, kerana telinga ini sentiasa mendengar bacaan Al-Qur’an dan Zikir”.



Akhir sekali malaikat maut cuba mencabut ruh orang mukmin itu dari arah mata, tetapi baru sahaja beliau hendak menghampiri mata, maka mata pun berkata: “Tidak ada jalan bagimu dari arah ini, sebab mata ini sentiasa melihat beberapa mushaf dan kitb-kitab”



Apabila malaikat maut gagal menjalankan perintahnya, maka dia pun kembali kepada Allah SWT dan memberitahu masalah yang dihadapinya walaupun semua cara telah dilakukan.



Kemudian Allah SWT berfirman yang bermaksud : “Wahai malaikatKu, tulislah AsmaKu1 di telapak tanganmu dan tunjukkanlah kepada ruh orang yang beriman itu.”



Sebaik sahaja mendapat perintah Allah SWT, maka malaikat maut pun pergi menghampiri ruh orang itu dan menunjukkan Asma Allah SWT, sebaik sahaja ruh melihat Asma Allah, (terbitlah rasa) kecintaannya kepada Allah SWT, maka keluarlah ruh tersebut dari arah mulut dengan tenang dan damai.


Petunjuk

1 Asma Allah SWT yang rahsia – mengikut pendapat ilmuwan



Dipetik dan disesuaikan kembali dari :



“Himpunan Kisah-Kisah Teladan” – Sidang NURULHAS.

BAHANA MENINGGALKAN SOLAT

BAHANA MENINGGALKAN SOLAT

Barangsiapa yang (sengaja) meninggalkan solat fardhu lima waktu :-

Subuh - Allah SWT akan mencampakkannya kedalam neraka Jahannam selama 60 tahun* di akhirat. (*nota - 1 tahun diakhirat=1000 tahun didunia=60,000 tahun)

Zuhur - Dosa sama seperti membunuh 1000 orang muslim.

Asar - Dosa sama seperti meruntuhkan Ka'abah

Maghrib - Dosa sama seperti berzina dengan ibubapa sendiri.

Isyak - Allah SWT berseru kepada mereka :- "Hai orang yang meninggalkan solat Isyak, bahawa Aku tidak lagi redha engkau tinggal dibumiKu dan menggunakan nikmat-nikmatku, segala yang digunakan dan dikerjakan adalah berdosa kepada Allah SWT."

********

Antara azab bagi mereka yang meninggalkan solat:

Dunia

1. Allah SWT menghilangkan berkat dari usaha dan rezekinya.

2. Allah SWT mencabut nur orang-orang mukmin (soleh) daripada (wajah) nya.

3. Dia akan dibenci oleh orang-orang yang beriman.

Sakaratul Maut

1. Ruh dicabut ketika ia berada didalam keadaan yang sangat haus.

2. Dia akan merasa amat azab/pedih ketika ruh dicabut keluar.

3. (su'ul khatimah)

4. Dia akan dirisaukan akan hilang imannya.

Alam Barzakh

1. Dia akan merasa susah (untuk menjawab) terhadap pertanyaan (serta menerima hukuman) dari Malaikat Mungkar dan Nakir yang sangat menggerunkan.

2. Kuburnya akan menjadi cukup gelap.

3. Kuburnya akan menghimpit sehingga semua tulang-tulang rusuknya berkumpul (seperti jari bertemu jari)

4. (Siksaan binatang-binatang bisa seperti ular, kala jengking dan lipan< LI>)

Hari Qiamat

1. Hisab keatasnya menjadi sangat berat

2. Allah SWT tersangat murka kepadanya.

3. Allah SWT akan menyiksanya dengan api neraka.

Nota : Saudara-saudaraku, ingatlah, jangan kita menganggap solat jemaah itu satu perkara kecil kerana ianya termasuk dalam sunat mu'akkad yang sangat dituntut - ada yang mengatakan ianya adalah fardhu kifayah.

Sumbangan :-

"Pak Syaikh"

Kluang/Pasir Gudang Johor

10 Langkah Praktik Untuk Melahirkan Anak Soleh

1. Didik anak-anak kita mengenali Allah.


2. Pastikan anak-anak kita sentiasa mendirikan solat dan menjaga ibadat wajib yang lain.

3. Bekalkan ilmu agama yang secukupnya kepada anak-anak kita.

4. Hidupkan dalam rumah kita suasana Islami (suasana keislaman). Antara perkara yang dapat kita lakukan untuk tujuan itu ialah selalu membaca al-Quran di rumah, membiasakan solat sunat di rumah, hidupkan budaya memberi salam dan mempraktikkan adab-adab Islam dalam rumah.

5. Dekatkan anak-anak kita dengan masjid, musalla atau surau.

6. Tanamkan semangat jihad dan perjuangan Islam ke dalam jiwa anak-anak kita.

7. Tanamkan kepada anak-anak kita sikap cintakan ilmu dan majlis ilmu.

8. Perhatikan dengan siapa anak-anak kita berkawan.

9. Mohon sentiasa dari Allah supaya dikurniakan anak yang soleh.

10. Sentiasa memberi pesanan dan nasihat kepada anak-anak kita.

10 ETIKA ANAK SOLEH YANG BERKESAN

(ANTARA PANDUAN YANG DIGALI DARIPADA SURAH LUQMAN)

(Sumbangan Ahli dari Kelantan)

1.

Tidak mempersekutukan Allah SWT, Syirik dan Murtad

- Merupakan kesalahan dan dosa yang amat besar.
2.

Berbuat baik kepada kedua ibubapa
*

Kenangilah penderitaan ibu yang mengandung kita dengan segala susah payah. Apabila kita dilahirkan, kita disusunya sehingga berusia kira-kira 2 tahun.
*

Banyak bersyukur kepada Allah SWT kerana diciptakan kita untuk hidup di dunia ini.
*

Doakanlah kesejahteraan ke atas mereka dan semoga Allah SWT akan menjaga mereka sebagaimana mereka menjaga kita sewaktu kecil sehingga dewasa.
3.

Yang tidak boleh kita taati suruhan kedua ibubapa hanya apabila dipaksa syirik atau menyembah yang lain daripada Allah SWT (namun 'ketidaktaatan' ini harus dilakukan dengan cara yang baik - penuh hikmah, dakwah, siasah dan diplomasi) Ketaatan kepada ibubapa yang bukan Islam sekalipun (walaupun anaknya itu mualaf) masih diwajibkan (bukan taatkan suruhan mensyirikkan Allah SWT)
4.

Memahami bahawa segala amal ibadat kita diketahui oleh Allah SWT walau sekecil mana sekalipun
5.

Mendirikan solat
6.

Menyuruh perkara kebaikan dan melarang perkara kejahatan (Amar Makruf Wa Nahyu Anil Mungkar) - dakwah lidah, hati dan anggota.
7.

Bersabar dan redha diatas segala dugaan
8.

Tidak menyombong dan membanggakan diri samada kaya atau miskin, berpangkat ataupun tidak, berilmu atau tidak, tua atau muda atau berketurunan (orang baik-baik) dll.
9.

Bersederhana dalam segala perkara.
10.

Bersikap lemah lembut dan beradab sopan